Thursday, March 4, 2010

demam ujian mac

salam buat semua!
Alhamdulillah, Allah masih kurniakan kekuatan dan kesempatan untuk mencoret sesuatu di sini. sepanjang dua minggu sebelum cuti penggal pertama bermula- nampaknya masing-masing sibuk dengan Ujian Bulan Mac - ujian pertama untuk tahun ini. Para guru dengan persediaan soalannya dan mesin fotostat menjadi begitu popular tiba-tiba!Ada sedikit perubahan di kalangan pelajar dimana semakin ramai yang nampaknya bersungguh-sungguh untuk Ujian kali ini. Di kala bertugas menjaga gate pada awal pagi pun- ada yang mengambil peluang mencuri-curi buka kitab dan berbincang sesama rakan sebagai persiapan terakhir sebelum Ujian. Bilik guru agak sesak kebelakangan ini kerana ramai yang merujuk terus kepada guru - guru bertanyakan sesuatu yang mereka masih belum faham. Bagi mereka yang masih sambil lewa dan tidak begitu bersungguh- ubahlah sikap...masih belum terlewat untuk berhijrah ke tahap yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment