Thursday, May 6, 2010

mid year exam

Mid year Exam is just around the corner.. All the very best to all...

Wednesday, April 21, 2010

PERJUMPAAN AHLI PERSATUAN DAN KELAB

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana begitu beria-ia melibatkan diri dalam persatuan dan kelab dengan menyertai pelbagai aktiviti mengikut persatuan masing-masing. Sebagai guru, rasa berbesar hati melihat pelajar- pelajar boleh bergerak sendiri tanpa perlu pengawasan 24 jam. Kepada pemimpin2 dan AJK persatuan dan kelab, teruskanlah usaha kalian, rancanglah aktiviti yang menarik untuk manfaat ahli dan warga sekolah ..

Tuesday, March 16, 2010

selamat bercuti warga sekolah...

Cuti pada kali ini dimulakan dengan Ihtifal Sukan SMA Johor di SMA Lughatul Quran, Kesang Tasik, Muar. Alhamdulillah, nampaknya semua yang terlibat begitu bersungguh-sungguh untuk memastikan kejayaan jadi milik mereka. Walaupun tidak menang dalam semua acara, kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan sudah cukup baik.
Selamat bercuti anak- anak warga sekolah! Manfaatkan cuti kalian sebaiknya!

Thursday, March 4, 2010

demam ujian mac

salam buat semua!
Alhamdulillah, Allah masih kurniakan kekuatan dan kesempatan untuk mencoret sesuatu di sini. sepanjang dua minggu sebelum cuti penggal pertama bermula- nampaknya masing-masing sibuk dengan Ujian Bulan Mac - ujian pertama untuk tahun ini. Para guru dengan persediaan soalannya dan mesin fotostat menjadi begitu popular tiba-tiba!Ada sedikit perubahan di kalangan pelajar dimana semakin ramai yang nampaknya bersungguh-sungguh untuk Ujian kali ini. Di kala bertugas menjaga gate pada awal pagi pun- ada yang mengambil peluang mencuri-curi buka kitab dan berbincang sesama rakan sebagai persiapan terakhir sebelum Ujian. Bilik guru agak sesak kebelakangan ini kerana ramai yang merujuk terus kepada guru - guru bertanyakan sesuatu yang mereka masih belum faham. Bagi mereka yang masih sambil lewa dan tidak begitu bersungguh- ubahlah sikap...masih belum terlewat untuk berhijrah ke tahap yang lebih baik.

maulidur rasul


hehehe...

maulidur rasul


orang kuat jamuan! terima kasih tak terhingga kepada kak zah n us musa atas hidangan yang superb!

Wednesday, March 3, 2010

maulidur rasul


rumah hijau. stu malam tak tido nak siapkan sepanduk tu..