Wednesday, May 27, 2009

SELAMAT BERCUTI SEMUA

Selamat Bercuti buat semua! Semoga masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya.

TIME TO MARK PAPERS!

Cuti sekolah? Hm.. seronoknya! Tapi tidak bagi para guru - masa tu lah nak tanda kertas soalan kalian - pelajar2 ku - nampaknya kertas jawapan kalian - tidak mengecewakan. At least each of you showed the effort. Bagi yang masih lewa dan jawab 'nak tak nak' - masih belum terlambat untuk berubah. Tambahkan minat, bulatkan tekad n kuatkan semangat - Insyallah kalian akan berjaya.
sampai di sini dahulu.

Monday, May 18, 2009

MENGIMBAU KENANGAN LALU

Salam...

Berada di hadapan pelajar- pelajar Tingkatan Lima, mengawasi mereka menjawab kertas peperiksaan pagi tadi, sedikit sebanyak mengingatkan diri ini tentang zaman persekolahan dahulu. Tak fkir benda lain - belajar-belajar-belajar. Boyfriend? Minta maaf, Not my style!

Nampak gaya masing-masing begitu serius memerah otak dalam memberikan jawapan yang terbaik untuk pemeriksa. Ingin rasanya sesekali merakam detik 'keseriusan' mereka ini tapi takut pula mengganggu konsentrasi menjawab soalan. Nanti terus tak fokus pula!

Bila kita jawab soalan dengan baik, Insyaallah, kita rasa puas hati atas segala usaha yang telah dibuat. Namun pernah sekali semasa menjawab kertas peperiksaan "Gelagat Pengguna" di Politeknik dulu, saya menangis sepuas-puasnya kerana kecewa, tidak puas hati kerana tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Lebih mengecewakan, bila pensyarah terbabit - Encik Charim berkata "Jawapan ngko pun hampeh!" Sedih tak terkata masa tu..

Ingat lagi Justin (where are you now?) siap keluarkan berpaket - paket tisu disamping bagi kata2 semangat dan support. Thanks, Justin!

Anak-anak, tak kira apapun yang berlaku - ingatlah - hidup harus diteruskan. Segala cubaan, dugaan dan masalah yang kita hadapi akan mematangkan kita dan menjadi pengalaman supaya menjadi orang yang lebih baik dari semalam.


Sehingga itu, jumpa lagi di lain lembaran.. Insyaallah.

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU


Salam buat semua...

Tanggal 16 Mei - merupakan Hari Guru. walaupun hari ini hari Sabtu, namun sejak dari malam tadi tak henti - henti sms 'Selamat Hari Guru' wishes yang datang. Terima kasih sahabat2, n bekas pelajar yang sentiasa ingat kat kita nie.. Moga kalian sentiasa dalam rahmat dan keredhaan Allah hendaknya.. Moga success dalam hidup masing2.

Thanks Kak Ain, hopefully u r doing well there! N Raihan... Apa khabar kawan2 di SRARU sekarang nie? N kawan2 di SRI ABIM Seremban? Macamana, SRI dah buat sambutan Hari Guru ke? Thanks Aminah, Zafirah for calling.. N Syarifah Afiqah, kenapa cepat sangat dah masuk form three? Rasanya baru je ajar u masa darjah enam dulu. Masa berlalu terlalu pantas. N thanks Halim for always remembering me as your teacher. Take a very good care of yourself kat UIA sana. N Syahdad too.. Baru tau penatnya bekerja, kan?? N thanks kawan2 SMATBP yang sentiasa beri semangat dan kekuatan buat diri ini..

K sampai di sini dulu. Petang nie nak keluar beli hadiah hari guru anak2 untuk cikgu2 mereka. Sejak dari semalam dah bising "Bila nak beli hadiah nie?"

last but not least... selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar cikgu, ustazah, murabbi, murabbiah n teacher...

Thursday, May 14, 2009

THINGS I LIKE ABOUT MY SCHOOL


1. my colleague (rakan sekerja). Tanpa kalian, siapalah saya!

2. the staffroom(bilik guru). Walaupun sesak, itulah rumah keduaku..

3. my students! the cute faces of the Form One, Two, Three, Four and Five Students. (I consider everybody as cute) - kalianlah sumber kekuatan!

4. my class - the form5 students, the classroom itself. Just wait n see the changes later!

5. the mentor-mentee system.

Tuesday, May 12, 2009

MAULIDUR RASUL 2009


MAULIDUR RASUL 2009

tersenyum bahagia nampaknya!

CUTE FACES OF THE FORM ONE

malu malu kucing plak...

CUTE FACES OF THE FORM ONE

Baru lepas abis taklimat SIB nie..

TECHNIQUES OF ANSWERING SIB PAPER




Alhamdulillah, at 11.00 a.m this morning, a talk on how to answer SIB questions was held at school. All the SIB candidates were present and I believe they gained a lot of new information, knowledge n experience. Thanks to Kak Rafkah from SMAKJ Kluang for helping us here. Your presence is highly appreciated. Hopefully, the form one students will do their very best in this exam...

Sunday, May 10, 2009

HARI PUTERI ISLAM SMAT BP 2009




hari Puteri Islam telah diadakan pada pertengahan April yang lalu. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar hingga ke akhirnya. Antara pertandingan yang dianjurkan ialah Gubahan Buah buahan, Gubahan Sayur syuran, Lipatan Tuala, Busana Muslimah (you are all so adorable!) dan hidangan sarapan pagi. pelajar beri komitmen yang tinggi dan berusaha sebaiknya dalam pertandingan tersebut, Namun, apa yang lebih penting ialah ia merapatkan jalinan ukhwah sesama pelajar dan guru. Mudah2 an akan lebih banyak program yang lebih menarik dijalankan selepas ini. (kak Ros kata dia dah ada cadangan baru.. kita tunggu dan lihat...)

Saturday, May 9, 2009

MAJLIS KENDURI USTAZ KATIMAN

Salam buat warga sekolah sekalian,

Didoakan moga semua dalam keadaan yang sihat. As for me here, today.. agak kurang sihat.. sakit tekak, selsema n pecah2 mulut. Namun, hidup harus diteruskan..Rasa sakit nie ingatan dari Allah sebab bila sihat, kita tak pernah bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakannya..

Hari Sabtu 9 Mei majlis kenduri perkahwinan anak ustaz Katiman. Walaupun agak lewat (jam 3.30 petang) baru tiba di rumahnya - Alhamdulillah dapat juga memenuhi undangan Ustaz. Antara rakan yang hadir pada waktu itu ialah ustaz Yusof, Ustaz Azam, Laili, Aida n Kak Mah sefamily. Yang terkilannya - terlupa nak bawa kamera ! Anak2 lah yang paling gembira sebab dapat bawa pulang 'berkat 2 paket sumi jelly' terus makan kat rumah tak pandang kiri kanan.

sampai di sini dahulu. Salam..

Tuesday, May 5, 2009

DEMAM PEPERIKSAAN

Salam buat semua...

Harapan moga semua dalam keadaan yang baik. Just drop by to wish "All the very best" to all my students out there who are going to sit for your Mid Year Examination. The PRA STAM and SIB candidates - work tripple harder and aim for the very best. Trust yourself and go for it!