Saturday, December 19, 2009

Don't u all agree with this?


Selamat berjaya!

Buat semua pelajar Tingkatan Lima 2009-moga kalian terus berjaya pada masa akan datang dalam apa jua bidang yang kalian ceburi. Maaf kerana tidak dapat berada di sekolah pada hari terakhir kalian menduduki peperiksaan (16 Dis) kerana berkursus di Muar. Rasa agak terkilan kerana tidak dapat memberi kata peransang terakhir sebelum kalian melangkah ke dunia yang agak berbeza selepas ini. Terima kasih pada Hasif, Shahrul, Fuad, Faizei, Effa, Iylia, Nadzirah dan Hajar yang sudi meluangkan masa berkunjung ke rumah. Kedatangan yang lain2 juga dialu-alukan.. Sekalung tahniah kepada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Maahad Johor. bagi yang tidak berjaya- ini bukanlah penamat bagi segala2nya tetapi banyak lagi peluang yang boleh di 'grab' - samada bidang pekerjaan ataupun pelajaran. Yang penting - usaha dan terus berusaha.

SALAM MAAL HIJRAH

Salam Maal Hijrah buat semua. Moga tahun hijrah yang baru ini memberi ruang pada diri untuk berubah ke arah yang lebih baik-Insyaallah! sedar tak sedar- cuma tinggal 2 minggu sahaja lagi bagi para pelajar dan guru bercuti sepuasnya sebelum melangkah ke tahun baru 2010.