Saturday, December 19, 2009

Don't u all agree with this?


Selamat berjaya!

Buat semua pelajar Tingkatan Lima 2009-moga kalian terus berjaya pada masa akan datang dalam apa jua bidang yang kalian ceburi. Maaf kerana tidak dapat berada di sekolah pada hari terakhir kalian menduduki peperiksaan (16 Dis) kerana berkursus di Muar. Rasa agak terkilan kerana tidak dapat memberi kata peransang terakhir sebelum kalian melangkah ke dunia yang agak berbeza selepas ini. Terima kasih pada Hasif, Shahrul, Fuad, Faizei, Effa, Iylia, Nadzirah dan Hajar yang sudi meluangkan masa berkunjung ke rumah. Kedatangan yang lain2 juga dialu-alukan.. Sekalung tahniah kepada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Maahad Johor. bagi yang tidak berjaya- ini bukanlah penamat bagi segala2nya tetapi banyak lagi peluang yang boleh di 'grab' - samada bidang pekerjaan ataupun pelajaran. Yang penting - usaha dan terus berusaha.

SALAM MAAL HIJRAH

Salam Maal Hijrah buat semua. Moga tahun hijrah yang baru ini memberi ruang pada diri untuk berubah ke arah yang lebih baik-Insyaallah! sedar tak sedar- cuma tinggal 2 minggu sahaja lagi bagi para pelajar dan guru bercuti sepuasnya sebelum melangkah ke tahun baru 2010.

Friday, October 16, 2009

pengalaman semasa mengundi d Bagan Pinang

Alhamdulillah, telah balik ke Port Dickson pada 11 Oktober yang lalu untuk menunaikan tanggungjawab di sana. Balik kampung semata2 untuk mengundi? Pada saya - ia sesuatu yang sangat penting.Saya tarik nafas lega - puas hati setelah selesai memangkah calon yang saya rasakan layak - (undi adalah rahsia,kan?)

Apa yang nak dikongsi di sini ialah - pengalaman sepanjang melalui jalan ke Teluk Kemang yang sangat menarik. Ini bukanlah kali pertama saya mengundi. rasanya ini kali ke 3. Trafik sangat perlahan - bermula dari PasirPanjang hingga ke Teluk Kemang.. namun sepanjang perjalanan dapat diperhatikan pelbagai ragam penyokong2 yang sebenarnya sangat 'supportive' dan aggresif seolah2 mereka lah calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut. Rugi sekali gelagat mereka tidak sempat dirakam menerusi kamera gara2 tertinggal kamera di rumah. Penyokong BN dan Pas saling berteriak antara satu sama lain di sepanjang kiri dan kanan jalan. ada yang mengibar bendera parti. Saya dari dalam kereta sempat melambai dan membalas dgn membuat simbol 'peace'.. kih kih..

Oleh sebab saya bosan menunggu trafik 'tersenggut2' dan tidak memandu (jadi penumpang) - saya juga menghabiskan masa menghantar sms kepada rakan2 di Port Dickson, bertanyakan adakah mereka keluar mengundi. Hihi.. mcm2 jwpn sms yang saya terima antaranya - "I demam tak bleh kluar ngundi", "Harap si .. tut...tu kalah - dia ingat dia boleh menang agaknya", " Insyaallah keadaan terkawal,jgn risau. Selamat Mengundi" dan macam macam lagi.. Namun saya rasakan perjalanan saya ke tempat mengundi tidak membazir begitu sahaja malah merapatkan hubungan saya dan rakan2 lama.

Saya juga berhasrat untuk singgah ke gerai2 jualan t.shirt, sticker, topi dan macam2 lagi tetapi hasrat terpaksa dipendam kerana perlu mengundi terlebih dahulu dan kemudian harus segera pula ke Kajang untuk 'family gathering' keluarga suami.

Sebaik selesai mengundi d Sekolah Keb Si Rusa, Kg Baru Port Dickson, saya nampak kelibat calon BN - Isa Samad - berpakaian serba biru. Ayah sempat membunyikan hon dan dibalas dengan lambaian 1Malaysia oleh beliau. Hihi..

Sampai di sini dahulu. insyaallah ketemu d lain waktu. Salam...

Wednesday, October 7, 2009

ALL THE VERY BEST TO THE PMR CANDIDATES

Hari ini Exam besar bagi pelajar ting 3 telah bermula! Semoga berjaya dengan cemerlangnya!

Saturday, October 3, 2009

ziarah raya - parit raja


khusyuk dengar ceita cikgu Din

ziarah raya - parit raja

d rumah Ustaz katiman

Saturday, September 26, 2009

SALAM AIDILFITRI


salam aidilfitri

salam aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Hampir seminggu 1 Syawal berlalu, namun kemeriahan Hari Raya masih terasa. Alhamdulillah, Aidilfitri kali ini telah dimanfaatkan sebaiknya dengan mengunjungi sanak saudara d kampung - Melaka, Port Dickson, Slim River, Teluk Intan dan Sabak Bernam. Moga dapat bertemu Ramadhan dan Aidilfitri tahun hadapan.. Insyaallah...

Thursday, September 17, 2009

SALAM AIDILFITRI

Salam Aidilfitri buat semua warga sekolah. Maaf zahir dan Batin!

Monday, August 31, 2009

salam merdeka dan selamat menempuh peperiksaan percubaan SPM dengan jayanya..

31 Ogos sambutan kemerdekaan Malaysia. Moga seluruh warga sekolah menghayati makna kemerdekaan yang sebanarnya! Dan Selamat menempuh peperiksaan percubaan SPM yang akan bermula pada 2 September! Moga kalian dapat menjawab soalan sebaiknya!

Sunday, August 30, 2009

isn't this nice?


thanks to adham n shahrul..

isn't this nice?


Thanks for the great effort, Shahrul n Adham!

Friday, August 21, 2009

salam ramadhan

Salam ramadhan buat semua..
Moga Ramadhan kali ini akan memberi rahmat dan kebaikan buat semua.

Thursday, August 6, 2009

amaran dari Yang Esa

Salam buat semua..

didoakan semua dalam keadaan sihat. Syukur, masih diberi kesempatan untuk dapat terus bernafas dan bekerja dalam keadaan yang baik. Kebelakangan ini, bermacam2 perkara dan peristiwa yang berlaku- dari wabak H1N1, jerebu yang teruk di ibu kota, pergolakan politik PAS-DAP di selangor, sentimen perkauman di negeri negeri yang diperbesarkan hinggalah ke kesukaran mendapatkan gula pasir di kedai. Jika direnung semula, tiada perkara lain yang boleh dibuat melainkan menyerahkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Saya meningatkan diri juga sahabat2 dan para pelajar agar kita lebih banyak memperuntukkan masa mendekatkan diri pada Yang Esa. Mohon ampun atas dosa2 kita yang lampau dan berusaha untuk jadi insan yang terbaik setiap pagi. Mohon keselamatan yang berpanjangan, mohon dipermudahkan jalan. Sesungguhnya hanya Dia Yang maha Mengerti!

Tuesday, August 4, 2009

demam tahfiz dan pra percubaan

salam buat sekelian warga sekolah...

minggu ini terasa akan 'keseriusan' belajar di sekolah. pelajar2 tahfiz tiada di kelas kerana menjalani 'kuarantin' dua minggu yang bakal diakhiri dengan temuduga tahfiz sedikit masa lagi. Menjejakkan kaki ke tingkatan tiga pula- sudah terasa bahang peperiksaan. yang dulunya rajin mengacau rakan - kini sudah pandai memegang pen dan kertas dan nampaknya memaksa diri untuk belajar. Tahniah, kalian semua! Saya doakan semua beroleh kejayaan dalam PMR nanti. keep it up, guys!

Thursday, July 23, 2009

thank you!

Assalamualaikum..


Aside from my three beloved children- Hazique, Hannah and Harith- the best source/way to release my tense is to mix around with the students. I was feeling a little bit 'not in an organised manner' this morning that I purposely went into the form five class just to say hi. They came out with some nonsense jokes n riddles that makes me laughed at last! Thanks dear! You are all so adorable.

Saturday, July 18, 2009

girls' talk during weekend

salam buat semua..

alhamdulillah ada kelapangan untuk mencoret sesuatu di sini. disaat saya menulis post ini, rasanya anak2 perempuan yang ikuti program yang bermula jumaat lepas - mungkin telah pun berada di rumah. penat agaknya ye.. stelah tiga hari dua malam dengan program di sekolah. namun harapan saya - moga kalian beroleh sesuatu yang berharga dari program tersebut kerana jarang sekali pelajar perempuan dikumpulkan untuk program sebegini. moga kalian akan lebih mengenali diri sendiri dan berusaha menjaga permata yang ada dengan sebaiknya!
Sehingga berjumpa di lain ketika. wassalam..

Friday, July 10, 2009

cute faces

ini angkat kali ke sembilan nie.. muka masih maintain tu...

cute faces



bersungguh sungguh nampaknya!

cute faces


larat ke arfan?

cute faces



macam tak de air je dalam baldi tu!

cute faces



cepat hafiz, cikgu kat depan tu..

Wednesday, July 8, 2009

ketentuan ilahi

salam buat warga sekolah sekalian..

Pagi tadi agak terkejut menerima berita kemalangan yang menimpa Zulkifli, pelajar Tingkatan Satu yang patah tangan pada hari sebelumnya. Baru sahaja dikejutkan dengan berita kemalangan Latifuddin yang cedera paha kiri akibat jatuh motor pada Sabtu lepas (kaki bakal disimen), kini zulkifli pula yang kena.

Kita doakan moga mereka cepat sembuh dan dapat datang ke sekolah semula untuk meneruskan pembelajaran seperti biasa.

Tuesday, June 30, 2009

selamat berpisah ustaz hizam

Hari ini merupakan hari terakhir ustaz hizam di sekolah. Walaupun amat berat rasanya, namun apakan daya keputusan di tangan empunya diri. Kami doakan moga success di tampat baru n jangan lupakan warga sekolah di sini. sesekali datanglah menjenguk kami di sini.

belajar macam biasa

Alhamdulillah, selesai sudah Peperiksaan PRA STAM. Hari Terbuka dan Mesyuarat Agung PIBG pun berlangsung sudah. Kini masa untuk fokus fokus dan fokus.

Bagi para guru - masa untuk kembali menyambung pembelajaran. Bagi para pelajar - belajar dari pengalaman lepas . Tingkatkan usaha untuk maju ke hadapan. Berkawanlah dengan mereka-mereka yang ingin dan hendak belajar.. secara tak langsung kita akan terdorong sama. Tolaklah ajakan mereka yang malas dengan lembut dan penuh hikmah. Jika lebih berani, ajak mereka turut serta dalam perbincangan kumpulan berkaitan pelajaran.

salam. Insyaallah.. Ilalliqa'

Monday, June 29, 2009

cute faces



memorizing?

cute faces

revising at the eleventh hour

cute faces


yang nie baru betul study gile gile nie...

cute faces



betul ke study nie?

cute faces


seriusnya!

Wednesday, June 24, 2009

jauh perjalanan, luas pemandangan



tanjung piai, pontian, dec 2008

jauh perjalanan, luas pemandangan

desaru, oct 2008

perjalanan yang masih jauh


cameron highland, dec 2008

kalian boleh!

alhamdulillah, agak seronok bile lihat anak2 2Bukhari dan 2 Muslim spend masa siapkan Potato People presentation menerusi power point. Malah, nampaknya ada kumpulan yang sudah mahir dan lebih advance lagi. keep it up! Bagi yang baru mencuba, jangan takut! Yang penting keinginan untuk belajar dan mahirkan diri selepas itu!

jauh perjalanan, luas pemandangan



cameron highland, dec 2008

jauh perjalanan, luas pemandangan



pasar siti khadijah, june 2009
Salam.. minggu nie agak memenatkan sebab banyak perkara yang perlu diselesaikan. Sabtu nie akan ada mesyuarat agung PIBG n hari terbuka, jadi semua perkara yang berkaitan hal tersebut harus disiapkan. Antara nak siapkan markah pertengahan tahun, masuk kelas untuk mengajar n siapkan minit mesyuarat, mengendalikan tempahan urusan banner, menyemak buku latihan pelajar dan kerja2 sampingan yang lain- semuanya penting. Namun prioriti harus diletakkan pada pelajar. Apapun, mereka tidak boleh diabaikan hanya kerana kita ada kerja sampingan yang lain. Moga Allah beri kekuatan pada diri ini untuk terus tidak jemu-jemu berusaha untuk mendidik mereka- mereka ini. Amin!

Saturday, June 20, 2009

jauh perjalanan luas pemandangan


kota bharu, kelantan, june 2009

Wednesday, May 27, 2009

SELAMAT BERCUTI SEMUA

Selamat Bercuti buat semua! Semoga masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya.

TIME TO MARK PAPERS!

Cuti sekolah? Hm.. seronoknya! Tapi tidak bagi para guru - masa tu lah nak tanda kertas soalan kalian - pelajar2 ku - nampaknya kertas jawapan kalian - tidak mengecewakan. At least each of you showed the effort. Bagi yang masih lewa dan jawab 'nak tak nak' - masih belum terlambat untuk berubah. Tambahkan minat, bulatkan tekad n kuatkan semangat - Insyallah kalian akan berjaya.
sampai di sini dahulu.

Monday, May 18, 2009

MENGIMBAU KENANGAN LALU

Salam...

Berada di hadapan pelajar- pelajar Tingkatan Lima, mengawasi mereka menjawab kertas peperiksaan pagi tadi, sedikit sebanyak mengingatkan diri ini tentang zaman persekolahan dahulu. Tak fkir benda lain - belajar-belajar-belajar. Boyfriend? Minta maaf, Not my style!

Nampak gaya masing-masing begitu serius memerah otak dalam memberikan jawapan yang terbaik untuk pemeriksa. Ingin rasanya sesekali merakam detik 'keseriusan' mereka ini tapi takut pula mengganggu konsentrasi menjawab soalan. Nanti terus tak fokus pula!

Bila kita jawab soalan dengan baik, Insyaallah, kita rasa puas hati atas segala usaha yang telah dibuat. Namun pernah sekali semasa menjawab kertas peperiksaan "Gelagat Pengguna" di Politeknik dulu, saya menangis sepuas-puasnya kerana kecewa, tidak puas hati kerana tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Lebih mengecewakan, bila pensyarah terbabit - Encik Charim berkata "Jawapan ngko pun hampeh!" Sedih tak terkata masa tu..

Ingat lagi Justin (where are you now?) siap keluarkan berpaket - paket tisu disamping bagi kata2 semangat dan support. Thanks, Justin!

Anak-anak, tak kira apapun yang berlaku - ingatlah - hidup harus diteruskan. Segala cubaan, dugaan dan masalah yang kita hadapi akan mematangkan kita dan menjadi pengalaman supaya menjadi orang yang lebih baik dari semalam.


Sehingga itu, jumpa lagi di lain lembaran.. Insyaallah.

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU


Salam buat semua...

Tanggal 16 Mei - merupakan Hari Guru. walaupun hari ini hari Sabtu, namun sejak dari malam tadi tak henti - henti sms 'Selamat Hari Guru' wishes yang datang. Terima kasih sahabat2, n bekas pelajar yang sentiasa ingat kat kita nie.. Moga kalian sentiasa dalam rahmat dan keredhaan Allah hendaknya.. Moga success dalam hidup masing2.

Thanks Kak Ain, hopefully u r doing well there! N Raihan... Apa khabar kawan2 di SRARU sekarang nie? N kawan2 di SRI ABIM Seremban? Macamana, SRI dah buat sambutan Hari Guru ke? Thanks Aminah, Zafirah for calling.. N Syarifah Afiqah, kenapa cepat sangat dah masuk form three? Rasanya baru je ajar u masa darjah enam dulu. Masa berlalu terlalu pantas. N thanks Halim for always remembering me as your teacher. Take a very good care of yourself kat UIA sana. N Syahdad too.. Baru tau penatnya bekerja, kan?? N thanks kawan2 SMATBP yang sentiasa beri semangat dan kekuatan buat diri ini..

K sampai di sini dulu. Petang nie nak keluar beli hadiah hari guru anak2 untuk cikgu2 mereka. Sejak dari semalam dah bising "Bila nak beli hadiah nie?"

last but not least... selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar cikgu, ustazah, murabbi, murabbiah n teacher...

Thursday, May 14, 2009

THINGS I LIKE ABOUT MY SCHOOL


1. my colleague (rakan sekerja). Tanpa kalian, siapalah saya!

2. the staffroom(bilik guru). Walaupun sesak, itulah rumah keduaku..

3. my students! the cute faces of the Form One, Two, Three, Four and Five Students. (I consider everybody as cute) - kalianlah sumber kekuatan!

4. my class - the form5 students, the classroom itself. Just wait n see the changes later!

5. the mentor-mentee system.

Tuesday, May 12, 2009