Monday, August 31, 2009

salam merdeka dan selamat menempuh peperiksaan percubaan SPM dengan jayanya..

31 Ogos sambutan kemerdekaan Malaysia. Moga seluruh warga sekolah menghayati makna kemerdekaan yang sebanarnya! Dan Selamat menempuh peperiksaan percubaan SPM yang akan bermula pada 2 September! Moga kalian dapat menjawab soalan sebaiknya!

Sunday, August 30, 2009

isn't this nice?


thanks to adham n shahrul..

isn't this nice?


Thanks for the great effort, Shahrul n Adham!

Friday, August 21, 2009

salam ramadhan

Salam ramadhan buat semua..
Moga Ramadhan kali ini akan memberi rahmat dan kebaikan buat semua.

Thursday, August 6, 2009

amaran dari Yang Esa

Salam buat semua..

didoakan semua dalam keadaan sihat. Syukur, masih diberi kesempatan untuk dapat terus bernafas dan bekerja dalam keadaan yang baik. Kebelakangan ini, bermacam2 perkara dan peristiwa yang berlaku- dari wabak H1N1, jerebu yang teruk di ibu kota, pergolakan politik PAS-DAP di selangor, sentimen perkauman di negeri negeri yang diperbesarkan hinggalah ke kesukaran mendapatkan gula pasir di kedai. Jika direnung semula, tiada perkara lain yang boleh dibuat melainkan menyerahkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Saya meningatkan diri juga sahabat2 dan para pelajar agar kita lebih banyak memperuntukkan masa mendekatkan diri pada Yang Esa. Mohon ampun atas dosa2 kita yang lampau dan berusaha untuk jadi insan yang terbaik setiap pagi. Mohon keselamatan yang berpanjangan, mohon dipermudahkan jalan. Sesungguhnya hanya Dia Yang maha Mengerti!

Tuesday, August 4, 2009

demam tahfiz dan pra percubaan

salam buat sekelian warga sekolah...

minggu ini terasa akan 'keseriusan' belajar di sekolah. pelajar2 tahfiz tiada di kelas kerana menjalani 'kuarantin' dua minggu yang bakal diakhiri dengan temuduga tahfiz sedikit masa lagi. Menjejakkan kaki ke tingkatan tiga pula- sudah terasa bahang peperiksaan. yang dulunya rajin mengacau rakan - kini sudah pandai memegang pen dan kertas dan nampaknya memaksa diri untuk belajar. Tahniah, kalian semua! Saya doakan semua beroleh kejayaan dalam PMR nanti. keep it up, guys!