Alhamdulillah, telah balik ke Port Dickson pada 11 Oktober yang lalu untuk menunaikan tanggungjawab di sana. Balik kampung semata2 untuk mengundi? Pada saya - ia sesuatu yang sangat penting.Saya tarik nafas lega - puas hati setelah selesai memangkah calon yang saya rasakan layak - (undi adalah rahsia,kan?)
Apa yang nak dikongsi di sini ialah - pengalaman sepanjang melalui jalan ke Teluk Kemang yang sangat menarik. Ini bukanlah kali pertama saya mengundi. rasanya ini kali ke 3. Trafik sangat perlahan - bermula dari PasirPanjang hingga ke Teluk Kemang.. namun sepanjang perjalanan dapat diperhatikan pelbagai ragam penyokong2 yang sebenarnya sangat 'supportive' dan aggresif seolah2 mereka lah calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut. Rugi sekali gelagat mereka tidak sempat dirakam menerusi kamera gara2 tertinggal kamera di rumah. Penyokong BN dan Pas saling berteriak antara satu sama lain di sepanjang kiri dan kanan jalan. ada yang mengibar bendera parti. Saya dari dalam kereta sempat melambai dan membalas dgn membuat simbol 'peace'.. kih kih..
Oleh sebab saya bosan menunggu trafik 'tersenggut2' dan tidak memandu (jadi penumpang) - saya juga menghabiskan masa menghantar sms kepada rakan2 di Port Dickson, bertanyakan adakah mereka keluar mengundi. Hihi.. mcm2 jwpn sms yang saya terima antaranya - "I demam tak bleh kluar ngundi", "Harap si .. tut...tu kalah - dia ingat dia boleh menang agaknya", " Insyaallah keadaan terkawal,jgn risau. Selamat Mengundi" dan macam macam lagi.. Namun saya rasakan perjalanan saya ke tempat mengundi tidak membazir begitu sahaja malah merapatkan hubungan saya dan rakan2 lama.
Saya juga berhasrat untuk singgah ke gerai2 jualan t.shirt, sticker, topi dan macam2 lagi tetapi hasrat terpaksa dipendam kerana perlu mengundi terlebih dahulu dan kemudian harus segera pula ke Kajang untuk 'family gathering' keluarga suami.
Sebaik selesai mengundi d Sekolah Keb Si Rusa, Kg Baru Port Dickson, saya nampak kelibat calon BN - Isa Samad - berpakaian serba biru. Ayah sempat membunyikan hon dan dibalas dengan lambaian 1Malaysia oleh beliau. Hihi..
Sampai di sini dahulu. insyaallah ketemu d lain waktu. Salam...
FAREWELL...
6 years ago
No comments:
Post a Comment